Romantisnya bertuhan,
Tatkala dirimu sentiasa diingati,
Tatkala dirimu sentiasa diuji,
Tatkala dirimu sentiasa digembur perkara yang tidak pasti.
Romantisnya bertuhan,
Sedetik pun kau tidak Dia abaikan,
Terleka dirimu, Dia bertamu,
Bersedianya dirimu, Dia gandakan ujian,
Tetapi tidak pernah, di luar kemampuan.
Romantisnya bertuhan,
Dibisikkan-Nya peringatan,
Ditiup-Nya rasa kedamaian,
Dibelai-Nya dikau dengan dugaan,
Supaya kau sentiasa sedar pada kewujudan,
Romantisnya Tuhan.
Romantisnya Tuhan!
on Monday, January 31, 2011
Labels:
::Jiwa-jiwa,
::Muhasabah Diri
/
Comments: (1)
Hari yang mendung~
on Wednesday, March 10, 2010
Labels:
::Agenda Harian,
::Jiwa-jiwa,
::Kisah Iman
/
Comments: (0)
Hari ini hari mendung aku. Iman demam lagi. Demam bermula dari petang semalam.
Aku sudah mula bersiap-sedia. Pengalaman mengendalikan Iman semasa demam sebelum ini sangat membantu. Aku tidak mahu Iman ke hospital lagi. Sudah dua kali Iman masuk hospital kerana demam yang sangat tinggi. DUa kali itu juga Iman diambil air tulang belakang. Cukup anakku. Ummi tidak sanggup lagi menghadapi perkara itu.
Aku hampir tidak tidur langsung. Sekadar dapat melelapkan diri sekejap. Itu pun aku dan suami main kunci jam. Takut terlajak dan tidak sedar dengan suhu badan Iman yang tidak menentu.
Bacaan paling tinggi malam tadi adalah 39.3. Mata Iman sudah mula lain macam. Segera aku jerlumkan, siram kepala Iman di dalam bilik air. Aku demah Iman tidak henti-henti. Resahnya aku tidak bertepi.
Ubat sudah 3 kali dimasukkan melalui punggung si kecil. Ubat itu paling cepat kesannya. Mujur aku ada simpanan ubat bekalan doktor sebelum ini. Syukur.
Hari beransur cerah. Secerah hatiku apabila melihat si kecil semakin stabil. Sebentar lagi, kami mahu bawa Iman berjumpa pakar, Doktor Shanaliza yang sangat baik hati. Semoga hari ini terus cerah, sampai bila-bila....

Pesta Buku oh Pesta Buku~
on Tuesday, March 9, 2010
Labels:
::Agenda Harian,
::Jiwa-jiwa,
::Keluarga Bahagia,
::Muhasabah Diri
/
Comments: (0)
Akhir-akhir ini, situasi kerja agak meruncing. Meruncing kerana masing-masing sibuk mengejar tarikh-tarikh akhir penghantaran buku bersempena dengan Pesta Buku. Aku turut tidak ketinggalan 'menikmati' situasi ini.
Masuk bulan Mac, rasanya bagai mahu berlari di dalam pejabat. Berjalan pula sehabis tunduk ke bawah rasanya. Betapa kami mengejar masa. Tekanan tetap ada. Tetapi aku tukarkan perkataan tekanan itu kepada cabaran dan situasi.
Ya, cabaran supaya aku dapat belajar dengan lebih banyak lagi dalam masa yang berharga ini. Situasi pula supaya aku dapat lebih bersabar mengharunginya. Terima kasih tim Millennia yang banyak membantu. Aku seronok bekerja dengan kalian. Budaya tolong-menolong yang kita pupuk ini sangat segar dan harum baunya. Semoga terus berkekalan situasi ini sampai bila-bila.
Terima kasih suamiku kerana sangat memahami dunia baruku. Dirimu kuletak di taraf yang paling tinggi dalam sanubari. Semoga Allah memberkati segala usahamu di dunia dan akhirat, amin....

Karakter yang Pelbagai
on Saturday, March 6, 2010
Labels:
::Jiwa-jiwa,
::Karya Aku,
::Koleksi Peribadi
/
Comments: (0)
Kata Si Sengguin
Oh, lihatlah dunia! Aku suka mempersonakan kalian. Aku suka menjadi perhatian pada benda-benda hidup. Ditakdirkan dinding itu mampu bersuara, pasti kupikat perhatiannya juga kepadaku. Aku suka kepada mereka yang ketawa pada jenakaku. Aku suka pada orang yang mengerling atas kelincahanku. Aku suka pada mereka yang terhibur pada keletahku. Kau mahu kata aku gila glamor? Oh, boleh sahaja. Aku tetap senyum sambil melangkah. Aku tetap melangkah sambil menyapa. Sapaanku mampu kau dengar dari seberang sana. Kelibatku belum sampai, tetapi suaraku sudah kedengaran. Aku Si Sengguin....
Kata Si Kolerik
Aku dilahirkan menjadi ketua. Aku si tegas yang tidak kenal putus asa. Aku bisa sahaja mengeluarkan idea bernas. Idea daripadaku bagaikan peluru hidup yang bertaburan. Tenagaku tidak terjangkau. Buat orang selalu memberi tanggapan yang salah kepada diriku. Tetapi apa dayaku, aku tidak seperti yang lain. Gerak perlahan mampu melemahkan aku. Gerak laju pula lebih menambah tenagaku. Ini semua tidak ada sebab lain, selain kerana aku Si Kolerik....
Kata Si Plagmatik
Aku aman orangnya. Aku tidak suka perbalahan. Bagiku, apalah sangat setakat mengalah. Tiada rugi sedikit pun kepada aku. Sunyi sepi itukan aman. Tetapi ini juga bisa buat aku malas. Malas usaha, malas bersuara. Apabila diteruskan, takut aku tidak ke mana....
Kata Si Melankolik
Haha, akulah si cerewet itu. Jangan kau usik fail aku. Jangan kau sentuh barang aku. Ternyata kau suka bersepah-sepah. Sedangkan aku sendiri terlalu cerewet dalam mengemas. Mahu kata aku penting diri?

Mengutip Semula Semangat yang Hilang~
on Sunday, February 28, 2010
Labels:
::Agenda Harian,
::Aktiviti Suka-suka,
::Jiwa-jiwa,
::Keluarga Bahagia,
::Muhasabah Diri
/
Comments: (0)
Aku baru sahaja pulang dari melawat keluarga mertua dan ipar duaiku di Perak. Walaupun terpaksa ketinggalan dalam Mesyuarat Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu yang pertama pada 2010, aku tidak terkilan kerana bernilainya masa yang aku lalui sebentar tadi. Namun, rasa rindu pada ilmu penyusuan dan rakan-rakan yang sangat kuat memberi sokongan pasti tidak lekang daripada hati ini. Insya-Allah, kita bakal bertemu pada bulan hadapan.
Melayari tahun 2010 ini umpama nikmat yang sudah kutunggu buat sekian lama. Entah mengapa, perlahan-perlahan aku mula melihat semangatku yang semakin terbang pergi, kini menyusul laju mencerahi setiap genap pelusuk jiwaku. Kekecewaan yang pernah aku lalui dalam pengalaman-pengalaman lalu bagaikan madu yang paling manis pernah aku nikmati. Ini adalah nikmat yang sangat berharga bagi orang yang pernah diuji dengan 'keras'. Aku bersyukur kerana diberikan olehNya kekuatan melalui setiap ujian-ujian yang mencabar sifat insani aku itu.
Perjalanan ke Perak yang melalui beberapa petak sawah yang terbentang luas begitu mendamaikan jiwa dan memberi sejuta ketenangan dalam diriku. Menyusuri butiran pasir yang halus dengan laut yang terbentang luas juga mengujakan sekali.
Perlahan-lahan, aku kembali mengutip sedikit demi sedikit sisa-sisa semangat yang sudah bertaburan dan mengejarku dari belakang. Syukur ya Tuhanku, semangat yang kukutip ini lebih bersinar daripada semangat-semangat yang sedia ada dalam diriku. Semoga aku tidak terlalu terpesona sehingga mengabaikan pelbagai perkara yang indah-indah dan terlindung di sebalik hijab.
Semoga aku terus beristiqamah dengan dunia baruku. Permudahkan urusanku ya Allah ---/--(@