Kawan-kawan Blog

Lama-lama Lemau!

Wah, sudah lama aku tidak mengemas di sini. Daripada sangat bersih sekarang sudah bersawang hehe....Macam-macam perkara yang aku lalui sepanjang tempoh sepi aku ini. Terlalu banyak sampai ke tahap 'malas' nak cerita haha....

Cuma yang paling jelas adalah satu, aku sudah mula berkarier setelah hampir dua tahun menjadi suri hehe..., sungguh aku tak sangka aku mampu menjadi suri selama itu ;)

Sekarang, aku mula sibuk seperti dahulu semula. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan aku juga sudah 'ligat' semula (YES!). Masa jadi suri dulu aku cuma ligat bersama SI sahaja di samping Babywearing yang aku suka.

Sekarang aku sudah mula menambah lagi aktiviti sampingan aku dengan tim-tim gila buku. Antaranya adalah Baca@LRT.

Dunia penyusuan aku sudah pun melangkau 1 tahun 5 bulan (Syukur, alhamdulillah....baca dengan nada iklan Hai-*). Aku sudah punya FS supaya dapat merempit dengan lebih lancar. Hehe memang berbaloi-baloi ;)

Iman semakin comel dan lincah. Naik letih aku nak uruskan si kecil ini sekarang. Namun, aku puas =) Aku gembira punya suami yang sangat menyokong dan memahami segala apa yang aku lakukan. Ya Allah, terima kasih atas anugerahmu ini....

Sekarang aku sudah bertugas di syarikat penerbitan memperjuangkan tiga teras utama:
1. Memandaikan bangsa
2. Menggunakan BMT (bahasa Melayu tinggi)
3. Melaksanakan urusan berlandaskan syariah.

Alhamduilillah, setiap kerja yang kita lakukan, apabila ditunaikan dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas, pasti semuanya menjadi mudah, ringan dan menyeronokkan. Ini dunia yang aku pilih.

Semoga aku dapat kemaskini blog ini dengan lebih dedikasi. Aku tak mahu blog ini menjadi lemau. Aku sayangkan blog aku dan aku perlu cuba menghidupkannya selalu!

Akhir kata, sekali berkawan, kita kawan sampai mati!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

© Copyright Kisah Santai Aku . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates