Kawan-kawan Blog

Pesta Buku oh Pesta Buku~

Akhir-akhir ini, situasi kerja agak meruncing. Meruncing kerana masing-masing sibuk mengejar tarikh-tarikh akhir penghantaran buku bersempena dengan Pesta Buku. Aku turut tidak ketinggalan 'menikmati' situasi ini.

Masuk bulan Mac, rasanya bagai mahu berlari di dalam pejabat. Berjalan pula sehabis tunduk ke bawah rasanya. Betapa kami mengejar masa. Tekanan tetap ada. Tetapi aku tukarkan perkataan tekanan itu kepada cabaran dan situasi.

Ya, cabaran supaya aku dapat belajar dengan lebih banyak lagi dalam masa yang berharga ini. Situasi pula supaya aku dapat lebih bersabar mengharunginya. Terima kasih tim Millennia yang banyak membantu. Aku seronok bekerja dengan kalian. Budaya tolong-menolong yang kita pupuk ini sangat segar dan harum baunya. Semoga terus berkekalan situasi ini sampai bila-bila.

Terima kasih suamiku kerana sangat memahami dunia baruku. Dirimu kuletak di taraf yang paling tinggi dalam sanubari. Semoga Allah memberkati segala usahamu di dunia dan akhirat, amin....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

© Copyright Kisah Santai Aku . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates